Anak mengamuk ? Normal atau tidak..
Semua bergantung kepada kita dalam mengurus anak-anak..
Mereka akan terus mengamuk kerana tidak dapatkan sesuatu..
Orang sekeliling pula memandang kita macam kita yang bersalah..normal tu..mereka tidak akan paham selagi mereka tidak alaminya kan..
Tetapi takkan kita hendak biarkan anak kita terus mengamuk..tambahan jika kita berada diluar atau di sekeliling orang ramai..kann..
Nak bantuan ? Sini saya senaraikan bagaimana anda boleh handle anak yang sedang mengamuk..
1. Biarkan
Ketika ini emosi anak anda menguasai diri sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang betul. Saat ini memberi penjelasan tidak akan berkesan.Apa yang ibubapa buat atau cuba biasanya akan menyebabkan keadaan jadi lebih teruk!
Mereka menangis dan berguling semahu-mahunya hingga menarik perhatian orang lain. Ibubapa yang hati basah mesti rasa malu dipandang sebegitu. Jangan malu ibu bapa sekalian. Biarkan sahaja anak anda begitu dan gerak jauh sedikit. Mereka akan tenang selepas beberapa ketika.
2. Beri ruang
Beri ruang untuk mereka melalak dan meluahkan emosi, dan tak perlu bertegang urat dengan mereka saat itu.
3. Tarik perhatian ke arah lain
Ada ibubapa yang bawa buku, toys dari rumah untuk distract anak mereka ketika mengamuk di pasaraya. Boleh juga tunjuk ke arah lain contohnya burung di awanan atau ikan dalam akuarium berdekatan.
• Taktik ini berkesan semasa tantrum baru sahaja mahu bermula. Jadi, kesan awal!
4. Jangan pukul
Waktu tantrum ini kalau dipukul walaupun pukulan manja, tangisan mereka akan jadi lebih teruk dan sangat teruk, hingga lebih banyak mata akan memerhati. Yang dapat nama buruk tentunya ibubapa.
5. Peluk
Sambil membiarkan mereka sedang mengamuk, peluk juga mereka hingga mereka tenang. Ingat, jangan cakap apa-apa waktu itu. Lihat semula poin nombor 1. Peluk sahaja dengan erat.
6. Insentif
Anak dah tenang? Bagus! Beri mereka insentif lain yang lebih bermanfaat. Beli aiskrim kongsi bertiga pun best juga.
7. Penjelasan
Selepas anak dah tenang, sambil makan aiskrim, terangkan kepada mereka kenapa anda tak penuhi kehendak mereka.
• Tapi, beri penjelasan yang betul dan jangan tipu mereka. Apa yang anda ajar akan melekat dalam otak mereka hingga bila-bila.
8. Jenaka
• Kalau anak anda masih mengamuk, selain daripada membiarkan, boleh juga buat jenaka yang minima. Kenapa? Kerana orang sekeliling akan tengok apa reaksi anda menghadapi mengamuk ini. Lost temper? Orang pandang. Anda pukul anak pun orang pandang.
Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment