Langkah-langkah mencegah dari terkena stroke haba..
Tahukah anda stroke haba boleh membawa maut !
Akibat dari kepanasan yang melampau mereka yang berisiko tinggi mengidapi stroke haba haruslah mengambil langkah berjaga-jaga..
Seeloknya mencegah dari terkena stroke haba..
Langkah pencegahan stroke haba
“Mencegah adalah baik daripada mengubati!”terutamanya untuk mereka yang di klasifikasi dalam kumpulan berisiko tinggi. Mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dalam keadaan cuaca panas. Di bawah adalah tip–tip pencegahan :~
Tips Mencegah Stroke Haba :-
1) Keperluan / digalakkan
Ketika cuaca panas melampau perlulah :~
- Hadkan aktiviti luar
- Pakai topi atau payung yang bersaiz besar
- Minum banyak air, tanpa mengira tahap aktiviti anda.
- Berehat dengan kerap di tempat yang teduh dan sejuk
- Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan tubuh anda
- Berada di tempat terlindung seperti dalam rumah / bangunan
- Memakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas atau linen
- Pakai cermin mata hitam dan gunakan losyen pelindung matahari
- Minum minuman isotonik atau air kelapa kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
2) Larangan
Elakkan ketika cuaca panas melampau daripada :~
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Jangan biarkan hingga diri anda dahaga dan badan kekurangan air.
- Elakkan berada di kawasan tempat terbuka apabila cuaca panas.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup rapat.
- Bersenam dan melakukan aktiviti dalam persekitaran yang panas
Semoga bermanfaat buat semua..
Comments
Post a Comment