Apa itu supplement..??

# apa itu supplement 


Produk yang dimakan dan mengandungi makanan tambahan seperti vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Produk-produk makanan tambahan ini biasanya dihasilkan dengan ekstrak atau pekatan daripada perahan.Supplement boleh didapati dalam bentuk tablet, pil, cecair atau serbuk. Pengambilan makanan tambahan perlu apabila seseorang itu sakit atau telah didiagnosis menghidap penyakit tertentu oleh doctor. 


# kepentingan supplement

1. Memulih dan memelihara kesihatan
Gaya hidup rakyat yang kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi” yang mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organic, glukos, dan hormone. Unsur-unsur ini dapat memulihkan kesihatan dan mengembalikan kecergasan.

2. Menyingkirkan toksik dalam badan
Kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dengan pengambilan suplemen yang mampu menyahtoksik. Toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan.

3. Menguruskan badan dan memperoleh tubuh yg cantik
Pengambilan chitosan dapat membantu mereka yang mengalami masalah berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan

4. Meningkatkan tenaga
Pengambilan cendawan(gano) mampu meningkatkan tenaga.

5. Meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit
Ganoderma dikenali sebagai raja herba ajaib yang berupaya untik mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaan buah pinggang.

# supplement utk siapa

Supplemen ialah makanan yang diberikan kepada seseorang dalam keadaan tertentu yang diperlukan utk menampung keperluan badan, meningkatkan kekuatan, dan daya tahan seperti:-

1. Wanita hamil
Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrient seperti kalsium, zat besi, dan protein tambahan untuk perkembangan yang sihat. Wanita hamil digalakkan untuk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg sehari untuk menjamin tumbesaran fetus yang seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum untuk membantu pembentukan system saraf pusat fetus. Alahan yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung menyebabkan muntah-muntah dan selera makan yang berkurangan. Pengambilan supplement dapat meminimukan risiko kekurangan nutrient.

2. Ahli sukan/ atlet
Atlet sering kehilang glukosa. Oleh itu, supplement diperlukan untuk menampung glukosa yang telah hilang. Supplement juga memulihkan tenaga dengan cepat kerana atlet perlu cepat pulih daripada keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan. Supplement juga mampu untuk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum

3. Pesakit
Kanak-kanak memerlukan supplement untuk membantu tumbesaran yang sihat dan dapat merangsang perkembangan otak yang cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah penting. Terdapat pesakit yang terpaksa bergantung kepada supplement tertentu untuk terus sihat dan bertahan daripada komplikasi penyakit tertentu

4. Warga tua
Warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Supplement seperti kalsium diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Wanita yg mengalami menopause perlu mengambil hormone progesterone untuk mengimbangi ketidakstabilan hormone dalam badan. Warga tua yang mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium, dan sebagainya juga digalakkan untuk mengambil supplement


Comments

Popular Posts