Menyusu ? Bekerja ? Penat ke ??
Anda ibu menyusukan bayi anda ?
Anda juga ibu yang bekerja..!
Pasti anda biasa dengar ada antara golongan kita mengeluh kepenatan bila menyusukan anak serta bekerja..
Memang itu yang berlaku kepada ibu-ibu diluar sana..
Bahkan ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa juga akan berasa penat dengan tanggungjawab yang perlu digalas.
Apa yang perlu ibu-ibu lakukan untuk atasi masalah PENAT ini..?
Mari kita kaji serba sedikit mengapa ibu menyusu akan berasa penat..
7 sebab utama penat dan letih :-
1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)
Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.
2. Aktiviti berlebihan
Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan pergerakan yang kerap, anda mungkin mengalami keletihan dari segi mental dan fizikal. Begitu juga jika anda aktif bersukan dan bersenam secara berlebihan, anda akan mengalami keletihan pada otot dan badan. Jenis pekerjaan juga boleh menyebabkan anda keletihan.
3. Ubat-ubatan
Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi.
4. Kurang Zat Besi
Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda berasa letih.
5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena
Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur berkualiti disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan
6. Keadaan Kesihatan
Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.
7. Stress
Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.
Haaa...ini antara sebab2 kita ibu-ibu penat..
Bagaimana cara hendak atasi masalah PENAT ini..??
Salah satu cara yang saya sendiri amalkan hampir setahun dan juga sangat berkesan ialah dengan mengamalkan pengambilan supplement..Apa itu supplement ?
Supplement adalah makanan tambahan..Kita berkemungkinan makan dengan tetap tetapi tidak mendapat zat dan khasiat yang cukup..Maka dengan pengambilan makanan tambahan..Badan kita akan mendapat zat dan nutrisi yang mencukupi..
Saya mengamalkan pengambilan Set Menyusu Shaklee..
Apa itu Set Menyusu Shaklee..
Jom lihat di sini.
Kesan pengambilan set ini saya tiada lagi masalah kepenatan..Dan saya merasa cergas dan segar setiap hari walaupun perlu bekerja 9 jam di ofis serta menyusukan anak di waktu malam..Tambahan pula anak saya memang kuat menyusu..Jadi set ini sangat2 membantu saya..
Nak tahu apa lagi yang saya amalkan supaya bertenaga..
Jom baca entry ni Nak Jadi Supertenaga Macam Saya..
Mari kita lihat testimoni dari sahabat kami :-
Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.
Comments
Post a Comment