Apa yang perlu anda tahu tentang Iphone 6 sebelum membelinya




1. Design baru.
440589-iphone-6-and-6-plus
Macam biasa, Apple memang kekal dengan tradisi mereka – tukar design dua tahun sekali. Setiap tahun, memang ada keluar baru tapi ia diselangi dengan model ‘S’. 3G, 3GS. 4, 4S, dan seterusnya. Setiap kali ada ‘S’, tiada design baru. Sebab itu design baru hanya dua tahun sekali.
Kerana tahun ini adalah iPhone 6 (without the S), Apple memperkenalkan design baru. Walaupun begitu, sekali pandang, iPhone 6 masih lagi nampak macam iPhone. Cuma bezanya pada skrin depan, ia melengkung sikit ke sisi phone tersebut. Ada curve, sikit je la tapi. Posisi butang dan bentuknya pun berubah, menyerupai iPad Air sikit, dan butang power on/off kini berada di kanan phone, bukan di atas.
Daripada segi nipis pula, macam biasa, Apple ni nak skinny saja. Walaupun skrin iPhone 6 lebih besar daripada iPhone 5S, tapi ia lebih nipis.
2. Dua versi iPhone 6.
140909-tech-apple_event_839c03fbefd24da67841a5a5cc5c9d53
Cakap pasal skrin lebih besar, iPhone 6 nanti ada dua version yang mempunyai perbezaan yang agak menarik. iPhone 6, saiz skrin adalah 4.7 inci, macam Moto X dan 0.3 lebih kecil daripada Samsung S4. Lagi satu versi, iPhone 6 Plus, yang mempunyai saiz skrin 5.5 inci, sama macam Samsung Note 2.
3. iPhone 6 Plus, mempunyai extra features.
Walaupun iPhone 6 Plus adalah variasi untuk iPhone 6, tapi ia ada beberapa kelebihan, mostly kerana skrinnya yang lebih besar. Pertama, pada home screen, anda boleh pakai phone tersebut pada landscape mode, kiranya bila pusing 90 darjah, skrin pun akan bertukar. Sebelum ini iPad saja boleh buat macam ini. Dan ingat, iPhone 6 (4.7 inci) pun tak boleh buat macam ini.
iphone-landscape-view
Selain daripada home screen, sesetengah app juga seperti Messages, akan tunjuk ikon orang yang anda text, bukan nama mereka saja. Again, ini boleh terjadi sebab skrin yang lebih besar.
Okay mungkin ini sekadar kosmetik. Tapi salah satu lagi kelebihan iPhone 6 Plus adalah home button, yang bukan setakat boleh klik, tapi boleh tap. Jika anda tap dua kali home button, sebahagian atas daripada app yang anda sedang guna akan keluar ruang untuk menu tambahan. Ini juga tak available untuk iPhone 6 (4.7 inci).
4. Kamera yang lebih stabil.
Bad news : kedua-dua iPhone 6 dan 6 Plus masih menggunakan 8 megapixel, sama macam iPhone 5S. Bummer.
Good news : kamera tersebut kini boleh shoot video sampai 240 frames per second (fps). Sebelum ini iPhone 5S boleh shoot sampai 120 fps saja. Fps ini penting untuk slow motion. Kiranya menggunakan iPhone 6 ni, video slow-mo anda, akan lebih slow-mo. Selain daripada itu, sensor untuk kamera iPhone 6 juga menggunakan apa yang Apple namakan “next-generation iSight sensor” dan “focus pixels.” Kata mereka, iPhone 6 boleh tangkap gambar dua kali lebih cepat daripada iPhone 5S.
Reality : Tapi rasanya nama-nama fancy seperti “focus pixels” atau “next generation sensor” itu distraction saja, untuk alihkan perhatian daripada sedar yang iPhone 6 punya camera tak adalah makin bagus sangat pun. Mesti iPhone 6S nanti terus kasi kamera power, so orang yang baru habis duit beli iPhone 6 boleh habis duit beli iPhone 6S nanti pula.
5. Warna dan kapasiti.
iphone-6-o
Untuk warna, Apple masih kekalkan dengan 3 option. Hitam, Putih, atau Gold yang tak adalah gold sangat. Untuk kapasiti, lain sikit. Sebelum ini, ada option untuk 16GB, 32GB, dan 64GB. Kali ini, ada 16GB, 64GB, dan 128GB bagi mereka yang suka simpan video-video menarik dalam phone.
6. No sapphire display.
Sebelum ini kecoh gila tentang iPhone nak pakai sapphire display, maksudnya skrin yang tak akan calar walaupun anda gigit phone anda for whatever reason. Siap ada leak bagai. Sekali bila announce semalam Apple hanya cakap skrin yang digunakan adalah “ion strengthened“. Again, nama fancy.
7. Harga.
Di Amerika, iPhone paling murah adalah USD 199 (RM 630). Tapi sebelum anda lompat dan gembira seperti orang jakun, anda kena tahu harga tersebut adalah bersama kontrak. Maksudnya, harga masih mahal sebab anda kena bayar bil yang harganya agak tak murah. Oleh kerana harga (bersama kontrak) di Amerika masih sama dengan tahun lepas punya, kita boleh conclude yang harga di Malaysia mungkin sama dengan tahun lepas punya (RM2,399). Tapi be warned, harga mungkin naik kerana harga iPhone 5S pun lebih mahal daripada iPhone 5 (tahun sebelumnya). 
iPhone 6
16GB —  lebih kurang RM2,331
64GB —  lebih kurang RM2,755
128GB —  lebih kurang RM3,039
iPhone 6 Plus
16GB —  lebih kurang RM2,755
64GB —  lebih kurang RM3,039
128GB — lebih kurang RM3,418

Comments

Popular Posts