Petua merawat demam campak anak-anak



Nie lah antara petua jika anak kena demam campak :


1. Jangan rendam anak-anak dalam besen terlalu lama

Anak yang terkena campak perlu mandi bagi mengelak peluh yang akn membuatkan anak-anak bertambah gatal dan miang. Jirus anak-anak dengan air suam.



2. Elak anak dari berpeluh.

Kat rumah pakaikan baju tipis-tipis je..Kalau kat bilik siap pasang dua kipas lagi, atas siling and kipas meja menghadap anak sebab nak elak berpeluh kan..Time siang tak payah pakaikan baju pon takpe. Kalau duduk dalam econ, selesa la dia..sejukkkk je..



3. Bagi minum air kelapa muda

Air kelapa merupakan sejenis hydrolit yang sangat bagus bagi pesakit campak..Boleh bagi anak-anak anda minum untuk meredakan campak tersebut..



4. Cari daun semambu

Daun semambu/mambu/neen Kat Utara depa panggil daun mambu. Daun mambu ni memang terkenal untuk rawatan campak. ramas daun dalam air. Mandikan dengan air ramasan daun mambu.@ rebus daun ni dan buat mandi selama seminggu berturut2 alhamdulillah campak cepat kering) letak daun mambu atas tilam, biar pesakit tidur atasnya ( letak daun mambu atas tilam, pastu lapik ngan kain batik sebab biasa anak2 takmau tidur atas daun terus)



5. Rajin sapu ubat / lotion celamine yang doktor bagi

Lepas mandikan anak-anak anda..Sapulah dengan celamine lotion ni..Salah satunya untuk mengurangkan rasa kegatalan pada badan anak-anak..Serta mengurangkan pembiakan campak tersebut.


6. Daun inai

Daun inai.. ambil daun inai tumbuk bg halus + garam & tempek di tapak kaki. selepas tu balut kaki dgn plastik. bagi anak2 kecil disarankan ikat dengan kemas n pakaikan stokin kalo tidak mama terpaksa keje lebih masa mop lantai. Inai dipercayai dapat 'menurunkan' bisa dan tompokan campak ke kaki serta elakkan miang.


CARA NAK HILANGKAN PARUT SELEPAS DEMAM CAMPAK.

1. Daun asam jawa + bedak sejuk- tumbuk daun asam jawa sampai lumat dan campurkan dengan bedak sejuk.. Buat ni lepas semua kuping dah terkopek. Kalau kat utara ni depa panggil berbedak.

2. lendir ikan haruan- ambil lendir ikan haruan dan sapu kat parut2 campak tu. Kalau geli (sebab bau dia hanyir), letak seekor ikan haruan dalam baldi dan mandikan pesakit dengan air tersebut.

PANTANG LARANG YANG FAMOUS.


1. Jangan bagi kena air hujan- nanti takut parut besar akan kekal .Kira cam bentan la. Even dah sembuh pun takboleh kena air hujan untuk 2,3 minggu
2. Jangan bagi makanan yang bergoreng, bertumis. Pendek kata, masak takleh letak minyak. makanan laut pun kena elakkan, termasuk jugaklah telur. Ada gak yang tak bagi makan ayam.

3. Mandi-ade banyak versi.. Ada yang tak bagi mandi langsung, ada yang suruh mandi.

4. Jangan makan ubat- orang2 tua tak bagi makan ubat tau. takut nanti ruam tu tak keluar. Tapi kalau baby demam baik bagi paracetamol, bahaya kalau tak control demam, takut kena sawan pula.

5. Jangan mandi guna sabun -
Elakkan guna sabun sebab sabun kan mengandungi bahan kimia. takut nanti dapat infeksi.

6. Jangan pakai baju Biarkan pesakit tak berbaju (kalau kanak2 la,orang dewasa perempuan kenalah pakai baju nipis2), dikhuatiri peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu.. Biasalah ruam ni akan mengering, bila tak pakai baju proses dia akan lebih cepat)

7. Jangan garu atau kopek kuping campak.Nanti parut campak akan kekal, macam jerawat jugak la..


semoga info diatas dpt membantu.

Comments

Popular Posts