10 TIPS SUPAYA CEPAT HAMIL

Salam December semua pembaca..

Lately banyak cerita keluar mengenai anak..Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak..

Bagi korang yang belum tahu, saya juga pernah melalui zaman mencuba untuk hamil..Zaman berTTC (trying to conceive) bahasa terkini..ehehehe..



Saya selepas berkahwin, memang sebulan dua macam tu kot tidak kisah bila dapat anak..Tapi bila dua orang kakak ipar saya mengandung..saya pula terkesan di hati..Alamak aii..orang lain yang kahwin..orang lain pula yang pregnant..ehehehe..itulah yang berlaku kepada saya masa tu..

Zaaasss..terus cepat-cepat cari pelbagai cara and ikhtiar untuk hamil..

Bermacam-macam saya cuba..Alhamdulillah..Selepas 1 tahun 8 bulan mencuba..akhirnya saya di sahkan mengandung..syukur sangat-sangat..

Disebabkan itu, sekali lagi suka saya nak kongsi kat awk-awk semua yang tengah berusaha untuk dapatkan bayi..Beberapa tips untuk hamil yang mana saya pernah cuba dan applykan.

12 TIPS SUPAYA CEPAT HAMIL



1) Jaga pemakanan serta jaga diet

Pemakanan kena jaga, jangan ambil makanan merapu contoh paling tepat fast food..Memang sedap dan mudah tetapi sangatlah tidak baik untuk kesihatan. Korang pastikan korang ambil makanan mengikut piramid makanan. Pemakanan penting dalam memastikan badan kita bersedia untuk mengandung.

2) Makan supplement

Sila top up badan kita dengan nutrien. Makan vitamin. Sebab pengambilan vitamin tertentu akan boost tahap kesuburan..Baik lelaki mahupun perempuan..soo wajib husband and wife makan sekali tau..

3) BMI

Dapatkan BMI yang ideal, ini banyak membantu anda sebelum mengandug..Ini kerana BMI yang baik akan mengurangkan tekanan darah tinggi serta diabetes semasa hamil..




4) Detoks

Percayalah, detoks sangat membantu anda untuk hamil..
Korang boleh baca entry tentang hamil selepas detok di sini - Detoks


5) Hubungan intim

Sila lakukan hubungan intim di waktu yang tepat..Anda boleh beli ovulation test untuk mengetahui bila waktu anda bertelur(iaitu ovum dilepaskan)
Masa yang sesuai untuk buat ovulation test adalah pada hari ke 13,14 dan 15 selepas tarikh terakhir haid anda.

6) Jumpa doktor pakar

Haa...yang ini saya sangat sarankan sebelum anda mencuba pelbagai cara.. Jika anda berumur 35 tahun ke bawah waktu sesuai adalah selepas setahun berkahwin..dan jika anda berusia lebih dari 35 tahun, wajib jumpa doktor selepas 6 blan berkahwin.

7) Stop smoking

Baik lelaki mahupun perempuan..Merokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan malah akan membantutkan tahap kesuuran anda..SOoo Stop SMoking



8) Jauhi Stress

Dalam banyak-banyak ikhtiar..tolong jangan stress..kalau wife stress husband tenangkan..klau husband stress mrs wifey kena main peranan pula yea.. sebab apa..sebab tekanan / stress sangat susah nak lekat..

9) Jauhi kafein

Ni pun penting sangat..sila jangan minum kopi atau teh..Kandungan kafien yang tinggi menggangu kesuburan anda.

10) Tawakal

Akhir sekali, selepas kita mencuba sedaya upaya..Banyakkan berdoa pada Alla.. ini kerana Rezeki itu di tangan Allah..Percaya pada rezekiNya..
Dan Allah tahu waktu yang tepat untuk memberi rezeki itu..

Selamat mencuba tau korang..Saya doakan semua berjaya mencapai hajat yang di ingini..

Salam Sayang MummyD




Comments

Popular Posts