16 DAYS PHOTO CHALLENGE - DAY 1 - MY HANDWRITING
MY HANDWRITING
haaaaaa...yg ni my handwriting buat msa terkini..
kikikiki..klau mlas lain beno rupenya dah..
sebenarnya..tulisan juga melambangkan keperibadian seseorang..
waaaahhh..aachhaannerrr tu..
meh kita godek2 ckit..
Ukuran Tulisan
Ukuran Tulisan Besar : Pemilik tulisan bersaiz besar suka mendapat perhatian ramai, ingin pendapatnya sentiasa didengari serta bersedia kehadapan. Mereka juga suka memikirkan perkara yang baik-baik, mudah marah dan tidak suka hanya duduk berpeluk tubuh.
Ukuran Tulisan Sederhana : Orang yang saiz tulisannya sederhana adalah orang yang simple, praktikal, berkecuali dan tenang.
Ukuran Tulisan Kecil : Bertulisan Kecil cenderung bersifat pendiam, tidak suka menjadi perhatian ramai, berjiwa halus dan menitikberatkan perkara-perkara terperinci.
# p/s : yg mna satu sy erk..opkos le yg besau2 tu..wahahahaha..sy suka tulis smpai memenuhi seluruh ruang alam yg ada ok..ehehehehe...
Tekanan
Tekanan Yang Kuat : Orang yang tekanan tulisannya kuat sehingga mungkin menyebabkan kesan di balik kertasnya mempunyai emosi yang tinggi (gembira atau sedih). Dia boleh memaafkan tetapi tidak dapat melupakan apa yang telah anda dilakukan kepadanya. Dia juga mempunyai keinginan dan keazaman yang kuat serta tidak selesa melihat sesuatu yang tidak sempurna.
Tekanan Yang Ringan : Pemilik tulisan bertekanan ringan pula biasanya mempunyai karektor yang santai, tenang dan bertoleransi tinggi. Walau bagaimanapun golongan ini sukar membuat keputusan dan mudah dipengaruhi. Anda juga cepat marah tetapi cepat kembali ‘sejuk’.
Secara umumnya semakin kuat tekanan tulisan anda, semakin besar juga emosi.
# p/s lagi : sy merupakan golongan manuisa yg menulis dgn tekanan yg kuat..klau dlu msa skolah..abis smpai blkg tekanan itu di rasai..wahahahaha..soo buku byk yg beralun disebabkan tekakan itu.. ;-)
Kecondongan
Condong Ke Kanan : Pemilik tulisan ini biasanya akan menyerlahkan emosi yang ada dan sentiasa perlu berinteraksi dengan orang lain. Semakin condong ke kanan, semakin beremosilah anda. Anda cenderung bertindak mengikut perasaan berbanding berfikir secara logik dan ini amat disukai oleh peniaga dan pengiklan! Anda seorang yang ramah, terbuka dan aktif.
Tulisan Menegak : Orang yang mempunyai tulisan tegak merupakan seorang yang agak pendiam, tidak suka mencampuri hal orang lain dan mengelakkan diri dari rapat dengan sesiapa serta dapat mengekang emosi dengan baik dalam menghadapi masalah. Malangnya pemilik tulisan tegak merupakan orang yang tidak pandai menyatakan perasaannya.
Condong Ke Kiri : Pemilik tulisan sebegini dikatakan selesa memendam perasaan, takut meluahkan perasaan dan tidak gemar bergaul dengan orang lain (introvert). Orang lain berasa sukar untuk memahami sifatnya kerana dia tidak akan menunjukkan perasaan atau reaksi ketika orang lain sedang ketawa berdekah-dekah kelucuan. Sebenarnya dia sekadar merasa janggal untuk ketawa seperti itu.
Condong Ke Segala Arah : Orang yang tulisannya condong kesemua arah merupakan orang yang tidak konsisten (fikiran tidak menentu), sukar diramalkan atau masih belum mempunyai tujuan hidup yang jelas.
# p/s : dah terang lg bersuluh kan..condong ke kanan..ehehehehe..
* nak tengok tulisan sy msa dlu2..eheheheh..t sy slongkar buku2 lma k..
will hupdate soon..
Comments
Post a Comment