10 Punca sembelit serta cara atasinya
Sembelit..ramai juga yang tak tahu apa itu sembelit..
atau mmg tahu dan abaikan sahaja..
tahukah anda..sembelit boleh membawa kesan yang buruk serta mendatangkan pelbagai penyakit..
Mana yang tak tahu lagi apa itu sembelit..korang boleh rujuk sini yea..
Sebab-sebab kenapa anda dan saya pernah kena sembelit?
# Diet rendah fiber.
# Kekurangan bendalir dalam badan. (tak cukup minum air la ni…)
# Corak permakanan yang berubah.
# Ubat-ubatan.
# Kekurangan senaman.
# Perubahan fisiologi badan seperti penuaan dan mengandung.
# Immobility (Cth: pesakit kronik yang hanya duduk atas katil sepanjang masa)
# Sikap tidak endah akan pentingnya pergerakan usus sendiri.
# Penyalahgunaan ubat julap.
# Rawatan kendiri
Cara untuk ubati sembelit :-
Sembelit yang tidak disebabkan oleh penyakit boleh diubati dengan ubat-ubat OTC (over the counter) yang boleh didapati di Farmasi dan tidak memerlukan preskripsi doktor, ubah cara pemakanan dan kehidupan.
1. Diet
Tingkatkan pengambilan fiber dalam makanan (20 hingga 35 grams setiap hari). Ini boleh membantu melembutkan najis disamping menormalkan pergerakan usus yang sekaligus dapat mengembalikannya kepad normal.
Makanan yang tinggi fiber adalah seperti sayur-sayuran, cereals, oats dan buah-buahan. Pengambilan makanan tinggi fiber ini perlu berperingkat-peringkat untuk mengelakkan kembung perut dan kentut.
Paling penting. Pengambilan fiber ni kena dengan minum air yang banyak.
2. Ubah cara hidup.
Ubah cara hidup boleh merawat dan mencegah sembelit. Minum air dengan banyak dan bendalir lain sebagai contoh: Jus buah-buahan, Sup, buah-buahan dan Jus sayur-sayuran.
3. Senaman
Senaman yang tetap boleh mengembalikan pergerakan usus yang normal. Bagi pesakit yang selalu terbaring dan duduk diatas kerusi tolak, mengubahkan posisi badan secara kerap juga amat penting untuk mengaktifkan pergerakan usus.
4. Ubat-ubatan
Penggunaan julap ataupun enema tidak digalakkan untuk sembelit yang sederhana tahap keseriusannya. Julap dan enema hanya digalakkan kepada mereka yang dah cuba buat 3 cara diatas tetapi tiada perubahan.
Julap (laxative) digunakan untuk merawat sembelit. Boleh didapati dalam bentuk tablet, sirup dan capsule. Penggunaan julap yang bersesuaian haruslah mendapat nasihat dan bimbingan doktor atau ahli farmasi.
Living with healthy lives !!
Salam Sayang - Dianna (Your SIDpro) - 0136131702
Comments
Post a Comment