Sembelit

Sembelit merupakan kepayahan dalam membuang air besar atau membuang air besar yang tidak kerap dan tidak sempurna. Selalu rasa masih ada lagi yang mahu dibuang tetapi payah. OK, kebiasaanya pesakit yang mengalami masalah ini selalu merasakan najis mereka keras, terasa sakit ketika proses pembuangan dan selalu merasakan incomplete feeling of passing the stools.




Kenapa sembelit najisnya keras dan bahaya sembelit

Ini kerana sepanjang pergerakan yang perlahan itu cecair dari najis akan diserapkan semula ke dalam usus besar. Oleh itu sembelit mendatang kemudaratan jika ia dibiarkan lama kerana semua toksik dalam najis telah diserap semula. Bahaya tu kalau dah toksik diserap oleh usus, itulah penyebab kita jadi letih, muka tak bermaya, kulit berkedut, jerawat yang lebih teruk kanser usus, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain lagi.

Orang yang lama mengalami sembelit (chronic constipation) akan menyebabkan tubuh mereka lemah, cepat letih, pucat dan tidak bermaya. Jika tidak dirawat segera ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Selain itu sembelit akan menghalang gas dalam usus dikeluarkan sebagai kentut. Ini menyebabkan perut menjadi kembung dan akhirnya tidak selesa





Siapa yang boleh ter’kena’ sembelit?


Perlu diingatkan disini bahawa maksud sembelit ini mungkin bervariasi dan mengikut individu. Ini bermakna, ada org yang merasakan keadaan kembung perut dan tidak selesa itu normal. Dan ada yang tidak pernah mengalami kembung perut dan merasakan itu adalah simptom sembelit. Mana satukah yang betul? mari kita memahimnya lagi…

Sembelit berbeza untuk orang yang berbeza. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit jika tidak terdapat pergerakan usus mereka setiap hari. Walaubagaimanapun, tiada satu bilangan yang tepat untuk menentukan pergerakan usus yang normal. Pergerakan usus yang normal kebiasaanya adalah bermula daripada 3 kali sehari sehingga 3 kali seminggu bergantung kepada fisiologi manusia.

Sembelit adalah masalah sistem penghadaman yang biasa. tetapi lebih banyak dialami oleh perempuan, kanak-kanak mahupun orang tua. Lebih-lebih lagi orang tua berumur 65 tahun keatas dan perempuan mengandung.




Living with healthy lives !!

Salam Sayang - Dianna (Your SIDpro) - 0136131702


Comments

Popular Posts