7 CARA MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL DALAM DARAH

Salam semua.. Anda dah baca entry saya tentang bacaan kolesterol paling tinggi dalam entry yang lepas..

Mana yang belum berkempatan dan inginkan maklumat lanjut..Anda boleh layari entry sy ini yea..

BACAAN KOLESTEROL PALING TINGGI

Ok..sekarang saya nak kongsi sedikit ilmu buat anda semua..

Pagi2 dah draft entry ni..Alhamdulillah..sempat pun sebelum sy sibuk dgn tugasan harian di pejabat..

Di sini saya ada listkan 7 CARA UNTUK MENURUNKAN KOLESTEROL DALAM DARAH :-

1. Berhenti merokok 

Kenapa perlu berhenti merokok ? Merokok semua orang tahukan..adalah sangat bahaya untuk kesihatan si perokok..bukan si perokok sahaja yea..malah orang di sekeliling anda..kesian kan kt anak bini..x memasal je dpt penyakit free dari akibat anda..

Merokok Mengurangi Kadar HDL

HDL (kolesterol baik) bertanggung jawab mengumpulkan kelebihan LDL (kolesterol jahat) dalam aliran darah dan mengangkutnya kembali ke hati untuk dibuang.

Bahan kimia tertentu yang ditemukan dalam asap rokok, iaitu akrolein, dapat merosakkan HDL sehingga mengganggu tugas HDL dalam mengumpulkan kolesterol jahat atau LDL.

Merokok Meningkatkan Kadar LDL

Penurunan kadar HDL memungkinkan LDL untuk bergerak bebas dalam aliran darah.

Akrolein memicu proses yang mengubah struktur molekul LDL sehingga membuatnya menjadi tidak dikenali oleh sistem kekebalan tubuh.

Sisitem kekebalan tubuh mengeluarkan sel-sel darah putih untuk menyerang LDL, yang menyebabkan peradangan dan kemudian terakumulasi.

Akumulasi ini akan menyebabkan penumpukan plak pada dinding arteri, yang kemudian mengeras seiring berjalannya waktu dan menyebabkan aterosklerosis.



2. Jangan minum alkohol

Alkohol yang digunakan dalam jumlah moderat juga meningkatkan kadar HDL dalam tubuh.

Kandungan HDL yang tinggi berarti mampu mengumpulkan timbunan plak dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati.

Berkaitan dengan LDL, alkohol belum terbukti mampu mengurangi kadar kolesterol jahat tersebut.

Meskipun minum alkohol terlalu banyak tidak meningkatkan kolesterol, tapi tingkat di atas moderat akan meningkatkan kadar trigliserida.

Trigliserida adalah jenis lemak yang ditemukan dalam darah. Kadar trigliserida tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung dan juga berpotensi membahayakan hati dan otak.



3. Berolahraga

Olahraga adalah baik untuk semua orang. Bagi menjamin kesihatan yang baik. Bagi mereka yang memiliki kolesterol tinggi, olahraga dan diet menjadi kunci utama penurunan kolesterol agar tidak berpengaruh pada fungsi jantung.

Olahraga aerobik seperti berlari, berenang, dan berbasikal misalnya adalah olahraga yang paling baik di dalam rangka penurunan kolesterol.



4. Amalkan gaya hidup sihat 

Dengan mengamalkan diet yang sihat tanpa tinggi lemak dan kolesterol. Kita mampu mengurangkan kadar paras kolesterol yang tinggi dalam darah..



5. Tingkatkan pengambilan makan tinggi karbohidrat,buah-buahan serta sayur-sayuran

Rujuk piramid makanan untuk kadar yang sesuai bagi setiap jenis makanan..Dengan ini kita bukan sahaja dapat hindari kolesterol tinggi bahkan kesihatan yang lebih baik.



6. Amalkan makanan berserat

Makanan berserat mampu menyerap lemak di dalam darah, contoh makanan berserat Oatmeal,betik,jagung dan beras merah.


7. Consume makanan yang tinggi minyak omega 3

Omega 3 menurunkan kadar kolesterol. Satu kajian membuktikan pengambilan ikan yang kaya dengan Omega 3 secara teratur dapat meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kadar trigliserida (lemak dalam darah)


Marilah kita sama-sama amalkan gaya hidup sihat demi menjamin masa depan yang berkualiti.


Live with healthy lives !!

Salam sayang - Dianna (Your SIDpro) - 0136131702





Comments

Popular Posts