5 Tips Halau Lipas Dari Kediaman
Lipas..ni memang semua orang kenal kot..ehehehe..n saya mmg x suka dengan lipas ni..bkn apew..suka sgt berkeliaran suka hati mak nenek dia..aduhai..Si Hamra kalau nmpk lipas ni..sure nangis..Dia pun dah pandai takutkan lipas..bkn apew..setiap kali nak lalu..time tu lah lipas ni nk lintas kan..ehehehe..terkejut la budak kecik ni..mula-mula terkejut..lama-lama dia jadi takut..smpai kadang jadi fobia..nk lalu tempat yg lipas selalu lalu dia akan berhenti dulu..n kdg2 suh kita pimpin dia..wahahaha..padahal lipas tu xde pun..cuma dia terbayang-bayangkan lipas tu..cian anak mummy..
Okay..disebabkan itu saya tanya mak saya camner lah nak halau cik-cik lipas yang banyak kt rumah ni..selain tu..ni hasil layari encik google..
Saya dah praktikkan..sooo..sesapa yg ada masalah cam sy..jom cuba try beberapa tips di bawah k..
Ehehehe..muka Hamra takutkan lipas..
1. Dapatkan segenggam bunga cengkih dan segenggam garam Epsom. Campurkannya dan letakkannya di dalam piring-piring yang ditempatkan di lokasi persembunyian lipas yang biasa (kawasan gelap, panas dan lembap). Antara lokasi yang sesuai ialah; di belakang mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar. Jangan lupa bahagian dapur dan kawasan di bawah singki bilik mandi.
2. Titiskan beberapa titik minyak bunga cengkih di sudut-sudut dan lubang -lubang tersembunyi di celah-celah dinding dan di dalam kabinet dapur.
3. Lipas tidak sukakan bau daun bay (bay leaf). Hancurkan beberapa helai daun bay dan taburkannya di mana-mana lokasi yang anda nampak lipas berkeliaran. Daun bay boleh di dapati di seksyen rempah ratus di pasaraya. Ia biasa digunakan dalam masakan Mediterranean.
4. Anda juga boleh membuat racun serangga organik buatan sendiri dengan mencampurkan soda penaik dan gula sama banyak. Letakkan campuran ini di dalam pinggan-pinggan cetek yang diletakkan di lokasi lipas bersembunyi. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis. Walau bagaimanapun gas daripada soda penaik pula akan membunuhnya secara dalaman.
5. Gunakan daun pandan untuk mengelakkan lipas secara semula jadi. Daun pandan mengeluarkan bau kuat yang dikatakan mengganggu sistem pernafasan atau sistem saraf lipas. Ikat 3-5 helai daun pandan dan letakkannya di dalam mangkuk kecil. Mangkuk-mangkuk ini pula diletakkan di lokasi lipas berkeliaran. Gantikan daun pandan seminggu sekali apabila baunya sudah berkurangan.
Semoga bermanfaat buat kita-kita semua yea..
Comments
Post a Comment