Panduan Menyusukan Anak Ketika Hamil
Ramai ibu yang hamil walaupun masih menyusukan anak yang masih kecil..
Insya Allah mereka akan melahirkan anak yang sihat tanpa masalah..
Penyusuan sebegini tidak perlu diberhentikan asalkan ibu mendapat rehat dan nutrisi yang mencukupi..
Bercakaplah dengan doktor anda, Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.
Untuk memastikan yang kita berkemampuan untuk menyusukan anak kita walaupun kita hamil, mula-mula kita kene consult dengan pakar or doktor yang bertauliah. Minta nasihat daripada mereka. Ini kerana kalau kita pernah mengalami keadaan seperti:
# Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
# Pernah keguguran
# Mengalami pendarahan semasa hamil
# Positif GBS carrier
# Atau kehamilan yang berisiko tinggi seperti mengandung berusia lebih dari 35 tahun atau kurang 17 tahun, ada penyakit kronik seperti diabetes dsb.
Bagi yang memilih untuk meneruskan niat suci murni kita ni, kita perlu pastikan yang kita bertenaga dan berkemampuan. Kita juga perlu tahu semasa kita mengandung, puting susu kita akan lebih sensitif. Penghasilan susu juga akan berkurangan.
Oleh itu, kita perlu ambil kalori dan khasiat tambahan.
Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan. Pemakanan yang sihat boleh membantu dalam menjayakan niat kita tu.
Dapatkan rehat secukupnya sebab kita mudah untuk terasa penat.
Pastikan anak kita menyusu dengan betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil.
Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula.
Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya.
Kita juga tidak perlu bimbang anak kita “mencuri” kolostrum untuk adiknya sebab badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan.
Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.
Tips bagi mereka yang sedang hamil dan ingin terus menyusukan anak
1) Jika wanita hamil memerlukan tambahan sebanyak 200-400 kalori sehari,sudah pastilah ibu yang hamil dan menyusukan anak lebih memerlukan tambahan sebanyak 600-800 kalori sehari. Ini bermakna si ibu seharusnya lebih menitik beratkan gizi pemakanan seimbang dalam diet sehariannya dan minum air mengikut kuantiti yg diperlukan badan.
2) Pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya terutama bagi ibu yang bekerjaya. Jika perlu, minta lah bantuan ahli keluarga terdekat untuk membantu kerja2 rumah bagi meringankan bebanan anda.
3) Si ibu hendaklah mengambil pemakanan yang kaya dengan zat besi, folic asid, kalsium serta vitamin d bagi menyeimbangkan pembesaran bayi di dalam rahim dan dalam masa yang sama bagi menggalakkan penghasilan susu. Jika perlu, si ibu boleh mengambil supplemen untuk menampung kekurangan ini.
Comments
Post a Comment