Menyusu ? Bekerja ? Penat Ke ?
Anda ibu menyusukan bayi anda ?
Anda juga ibu yang bekerja..!
Pasti anda biasa dengar ada antara golongan kita mengeluh kepenatan bila menyusukan anak serta bekerja..
Memang itu yang berlaku kepada ibu-ibu diluar sana..
Bahkan ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa juga akan berasa penat dengan tanggungjawab yang perlu digalas.
Apa yang perlu ibu-ibu lakukan untuk atasi masalah PENAT ini..?
Mari kita kaji serba sedikit mengapa ibu menyusu akan berasa penat..
7 sebab utama penat dan letih :-
1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)
Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.
2. Aktiviti berlebihan
Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan pergerakan yang kerap, anda mungkin mengalami keletihan dari segi mental dan fizikal. Begitu juga jika anda aktif bersukan dan bersenam secara berlebihan, anda akan mengalami keletihan pada otot dan badan. Jenis pekerjaan juga boleh menyebabkan anda keletihan.
3. Ubat-ubatan
Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi.
4. Kurang Zat Besi
Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda berasa letih.
5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena
Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur berkualiti disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan
6. Keadaan Kesihatan
Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.
7. Stress
Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.
Haaa...ini antara sebab2 kita ibu-ibu penat..
Bagaimana cara hendak atasi masalah PENAT ini..??
Jom sama-sama tengok apa tips yang kita boleh amalkan untuk merehatkan tubuh badan dan supaya badan tidak letih/penat..
Tips 1 :
Apa kata untuk mencergaskan kembali tubuh sebelum terus tidur, kita amalkan dengan minum air limau. Dapatkan beberapa biji limau dan perahkan bersama secawan air putih. Sebaiknya air suam kerana ia akan lebih memberi keselesaan kepada tubuh apabila kita menikmatinya.
Jangan campurkan gula, hanya perahan air limau saja. Jika tidak suka dengan limau nipis atau limau kasturi, gunakan lemon sebagai alternatif. Amalkan setiap hari, ia bukan saja untuk menghilangkan penat badan bahkan untuk mengempiskan perut juga buat kita yang terasa di bahagian perut agak buncit.
Tips 2 :
Apabila balik dari kerja, cuba amalkan mandi dengan air panas/suam. Sediakan air panas suam untuk anda siramkan ke bahagian badan, tidak perlu kuantiti yang banyak. Air suam juga sesuai untuk rendamkan ke kaki kerana rasa panasnya akan melegakan sakit kaki selepas seharian mengenakan kasut bertumit tinggi atau berdiri. Pada masa yang sama akan melancarkan aliran darah anda ke kepala dan mengurangkan keletihan badan serta sakit kepala.
Tips 3 :
Jom lakukan senaman ringkas sebaik tiba di rumah. Luangkan sedikit masa untuk bersenam, jika tidak berkesempatan hanya lakukan aktiviti di rumah seperti mengemas dan juga menanam.Pengeluaran peluh ketika melakukan aktiviti seperti ini membantu badan anda untuk berfungsi dengan lebih baik.
Dalam masa yang sama memberi otak lebih banyak oksigen kerana aktiviti kerja di pejabat yang berhawa dingin boleh mengurangkan penggunaan fungsi otak dengan baik. Jadi dengan cara ini, adalah satu latihan yang baik.
Tips 4 :
Amalkan minum air teh hijau. Minuman yang diamalkan oleh masyarakat Cina ini sebenarnya amat baik, air teh yang berwarna hijau dan tidak mempunyai gula. Terdapat banyak antioksida yang membantu untuk menyegarkan tubuh dan minda dalam masa yang sama. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.
Tips 5 :
Amalkan juga pengambilan supplement bagi melengkapkan nutrisi yang diperlukan badan. Ada kalanya, disebabkan kekangan kerja dan waktu yang terhad di pejabat, kita tak sempat nak mengambil makanan yang berkhasiat, kdg-kdg terpaksa skip makan.
Semoga bermanfaat yea..
Comments
Post a Comment