Alfalfa Complex - Shaklee
ALFALFA COMPLEX - SHAKLEE
Alfalfa terkenal sebagai makanan tambahan yang mempunyai pelbagai khasiat sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa digunakan secara tradisional sebagai makanan penggalak susu, membantu membuang angin di dalam badan, melawaskan sistem penghadaman, dan sangat baik diamalkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.
Pokok Alfalfa terkenal kerana mempunyai akar yang sangat panjang jauh ke dalam tanah, yang menyebabkan Alfalfa merupakan antara tumbuhan yang mampu menyerap pelbagai zat dan bahan galian yang berada jauh di dalam tanah. Unikkan?
APAKAH VITAMIN YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?
Vitamin A - untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan terutamanya dalam saluran pernafasan, menggalakkan pertumbuhan sel, menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakkan daripada sinaran matahari dan pencemaran udara, kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot, membaiki fungsi imun, menguatkan otot badan, mambawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata.
Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
Vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak, menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya.
Vitamin K - penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati, menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosferus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dna tulang yang kuat dan sihat.
APAKAH MINERAL YANG DITEMUI DALAM ALFALFA?
Kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi, membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan, mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin, membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim, juga untuk mencerna lemak.
Fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) - elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan, mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit, ketahanan saraf, melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.
APAKAH KEISTIMEWAAN LAIN ALFALFA?
Kaya dengan protein - 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Otot terdiri daripada protein dan kekurangan protein menyebabkan keletihan dan kelesuan.
Akar Alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain,
Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.
Namun, tidak semua Alfalfa adalah sama, Alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA- ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
Kebaikkan Memakan Alfalfa
1. Kaya dengan vitamin dan mineral
Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.
Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa
Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak
dan Antioksidan.
2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.
3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah
20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan
1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolestrol dalam darah
3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan simptom menopous
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
15. Mengurangkan masalah pundi kencing
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17. Meningkatkan kesihatan prostat
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19. Menghangatkan hubungan suami isteri
20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
Keistimewaan Alfalfa Shaklee
1. Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3. Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
4. Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5. Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6. Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7. Membersihkan hati
8. Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang
# Diana - Your Shaklee Independent Distributor - SID 1113163 #
# Call/SMS/Whatsapp - 0136131702 #
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Comments
Post a Comment