Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)


SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MYHOME)


Apakah itu My Home?


MyHome adalah program baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana. Ia dibawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
MyHome diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia membeli rumah pertama mereka.





Sebelum ini, skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pemaju swasta mengikut lima kriteria utama, antaranya pemaju perlu membina sekurang-kurangnya 20 peratus rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan. Harga jualan maksimum rumah kos rendah ialah RM45,000 dan rumah kos sederhana ialah RM170,000. Keluasan minimum rumah adalah 800 kaki persegi dengan kemudahan minimum tiga bilik tidur dan dua bilik air. Menyediakan kemudahan ruang letak kereta, surau, dewan dan taman permainan.





Skim My Home ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

a) Skim My Home 1:



b)Skim My home 2: 




Apa syarat untuk memohon skim My Home?


1) Warganegara Malaysia

2) Berumur 18 tahun dan ke atas

3) Pembelian rumah pertama

4) Memenuhi syarat-syarat kelayakan pendapatan isi rumah seperti berikut:

Monthly income





*Perlu di ingat bahawa pemilik rumah melalui skim ini tidak boleh menjual rumah mereka selama 10 tahun.


Bila boleh permohonan dibuat?

Skim My Home ini telah mula dibuka untuk pendaftaran pada 1 April 2014.


Bagaimana nak memohon skim My Home ni?

Permohonan online boleh dibuat disini: MY HOME ONLINE

Dokumen yang diperlukan: 


Salinan Kad Pengenalan Pemohon
Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon
Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Kelahiran Anak-anak Tanggungan
Salinan Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan(suami/isteri)
Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)*
*KM dapati borang yang disediakan online hanya meminta nombor kad OKU dan tiada ruang untuk memuatnaik salinan kad OKU.

# Dokumen hendaklah dimuat naik menggunakan format pdf  atau jpeg.

  
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :

Jabatan Perumahan Negara
Aras 30-38, No 51
Persiaran Perdana, Presint 4 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62100 Putrajaya  
03-8891 4322 / 03-8891 4317 / 03-8891 4313



Comments

Popular Posts