Bahayanya kolesterol !!
Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol. Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam badan.
Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.
Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini.
Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
Penyebab Kolesterol Tinggi Dalam Tubuh.
Ada banyak penyebab kolesterol tinggi dalam tubuh. Dengan mengetahui berbagai penyebabnya maka kita boleh menghindari kolesterol tinggi ini. Berikut adalah pelbagai penyebab kolesterol tinggi dalam darah.
1. Makanan
Terutama makanan yang terlalu banyak lemak. Seperti lemak yang didapati daripada haiwan seperti daging lembu, susu, telur, mentega dan keju.
Selain itu, makanan yang mengandungi minyak kelapa, kelapa sawit atau koko mungkin memiliki banyak lemak. Anda juga akan menemukan lemak dalam margarin, minyak sayur, kuih, keropok, kerepek dan makanan ringan lainnya.
2. Berat badan anda
Berat badan sangat mempengaruhi tinggi rendahnya kolesterol. Jika anda berat badannya berlebihan, maka sebaiknya anda lebih waspada, kerana risiko kolesterol tinggi besar.
3. Aktiviti anda
Apabila aktiviti anda hanya duduk-duduk saja seharian, ini akan memandu pertambahan berat badan dan kolesterol yang tinggi.
4. Usia dan jantina
Usia dan jantina ternyata juga mempengaruhi tinggi rendahnya kadar kolesterol dalam tubuh.
5. Keturunan
Faktor keturunan juga berpengaruh terhadap kadar kolesterol. Orang yang memiliki keturunan kolesterol tinggi berpotensi juga untuk mendapat kolesterol tinggi.
7. Merokok
Merokok sangat berbahaya dan meningkatkan kadar kolestrol.
Apakah gejala-gejala kolesterol yang tinggi dalam darah?
Biasanya gejala kolesterol tinggi akan terasa dengan timbulnya berbagai simptom tertentu, seperti sendi terasa sakit, merasakan vertigo atau migrain yang kerap, sakit belakang leher. Namun, gejala ini belum tepat. Jadi, untuk memastikan kadar kolesterol berada pada paras normal ataupun sebaliknya, maka salah satu cara paling baik dilakukan adalah melakukan ujian darah.
Meskipun demikian, kadar normal kolesterol pada setiap orang tidaklah sama. Faktor yang sangat berpengaruh terhadap kadar kolesterol normal seseorang, dipengaruhi oleh berbagai kondisi, misalnya usia, sejarah penyakit dan seberapa besar faktor risiko yang beliau miliki.
sebab itulah kolesterol tinggi bisa menybabkan berbagai penyakit kronis seperti stroke, jantung, impotensi, gagal ginjal dan penyakit-penyakit lainnya. Itukarena ia melakukan penyumbatan pada saluran pembuluh darah. Jika saluran pembuuh darah yang menuju otak tersumbat, maka akan terjadi stroke (kerusakan sel otak). Apabila terjadi sumbatan pada saluran pembuluh darah yang menuju ke organ alat vital, maka yang terjadi adalah impotensi, dan begitu seterusnya dengan organ-organ yang lain.
Cara Menurunkan Kolesterol Tinggi
Bagaimana caranya menurunkan kolesterol yang tinggi? Ada banyak cara menurunkan kolesterol dalam tubuh. Ini hanya panduan besarnya saja. Ada 3 cara utama menurunkan kolesterol dalam tubuh berikut ini.
1. Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan mengubah pola makan
Sebagaimana kita ketahui penyebab utama tingginya kadar kolesterol dalam darah adalah kerana makanan yang kita makan. Jadi, cara pertama untuk menurunkan kadar kolesterol adalah dengan mengatur pola makan. Hindari makanan yang memandu tingginya kadar kolesterol seperti makanan berlemak dan perbanyakkan makanan sayur dan buah.
2. Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan bersukan
Bersukan jelas akan membuat kita sihat. Jadi, untuk menurunkan dan juga menghindari kolesterol tinggi maka rajin-rajinlah bersukan.
3. Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan ubat
Setelah melakukan 2 hal di atas, lakukan juga cara menurunkan kolesterol dengan ubat. Baik ubat kimia maupun ubat herbal. Namun, jika anda ingin ubat yang kesan sampingannya rendah, maka yang terbaik adalah dengan ubat herbal.
Jom ikuti apakah makanan yang mengurangkan kolesterol yang sesuai diambil.
1. Oatmeal
Oatmeal , psyllium dan pectin sememangnya tersohor sebagai pilihan nombor satu makanan yang mengurangkan kolesterol. Oat mengandungi beta-glucan ( serat larut air ) yang membantu menyerap kolesterol dan mengeluarkannya dari badan. Oat yang tidak diproses mengandungi khasiat yang lebih tinggi.
2. Kekacang
Beberapa jenis kacang kaya dengan sterols yang sangat berkesan sebagai salah satu makanan yang mengurangkan kolesterol. Kacang juga mempunyai lemak tidak tepu yang menurunkan kadar kolesterol. Contoh kacang-kacang ini seperti biji bunga matahari, kacang almond, kacang pistachios, bijan dan lain-lain.
3. Minyak sayuran
Penggunaan minyak sayuran seperti minyak zaitun yang kaya dengan lemak tidak tepu juga boleh menurunkan kolesterol. Diet Mediterranean yang banyak menggunakan minyak zaitun dalam masakan dan salad didapati sangat berkesan sebagai makanan bagi mengurangkan kolesterol.(1)
4. Buah- buahan dan sayuran
Pemakanan yang sihat mengandungi 5 hidangan buah dan 2 hidangan sayuran setiap hari. Sebiji epal adalah lebih kurang sama dengan satu hidangan buah. Hidangan buah yang mencukupi akan mengelakkan kita dari mengambil makanan yang tidak sihat, dan membekalkan tubuh dengan serat, anti – oksidan dan vitamin yang diperlukan oleh badan secara semulajadi.
Makanan yang patut dielakkan
1. Makanan yang mengandungi lemak tepu
Perkara yang paling penting dan harus ditekankan lagi dan lagi ialah mengurangkan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi. Contoh makanan seperti ini ialah pastry, mentega, susu penuh krim, kek, biskut, pizza dan kentang lecek.
2. Gula
Satu kajian yang dijalankan menunjukkan pengambilan gula dan high fructose corn syrup ( satu bahan yang banyak ditambah dalam makanan dan minuman kita) meningkatkan kadar lemak TG dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung. (2) Mulalah hari ini, kurangkan gula dan high fructose corn syrup dalam makanan kita. American Heart Association mencadangkan agar pengambilan gula tidak melebihi 100 kalori (6 sudu kecil) bagi wanita dan 150 kalori (9 sudu kecil) bagi lelaki.
Bagaimana Shaklee boleh membantu !!
Terdapat 3 product Shaklee yang dapat membantu dalam menurunkan paras kolesterol anda iaitu :-
# menurunkan kolesterol , LDL , trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah , meningkatkan HDL , Melindungi jantung , dan menghalang strok dan penyakit koronari
# mencegah pembekuan darah, mengawal kadar kolesterol yang berlebihan
Nak tahu lagi click : -http://mummydjourney.blogspot.com/2014/07/omega-guard-shaklee.html
# merendahkan paras kolesterol, mengurangkan penyerapan kolesterol
Berminat nak order :-
Jom click sini - https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=831018fbdda35bd2f37044ed4187ce7f
atau hubungi saya :
Diana - SID 1113163
SMS/Whatsapps/Call : 0136131702
Comments
Post a Comment