Aneurisma Otak

Apa itu Aneurisme Otak ??



Penyakit Aneurisme Otak dikenali sebagai benjolan di pembuluh darah atau senang dipanggil sebagai pembekakkan pembuluh darah..
Jika ianya dibiarkan berterusan ia boleh mengakibatkan pembuluh darah semakin menipis dah lemah..
Dan ianya juga boleh mengakibatkan pembuluh darah tersebut bocor atau pecah.

Yang mana melepaskan darah ke sekitar ruang otak dan ini juga mampu menganggu,merosak atau menghancurkan sel-sel otak..
Dalam keadaan yang lebih serius ianya juga mampu membuatkan kerosakkan otak,kelumpuhan,koma dan juga kematian..


Apakah punca Aneurisme Otak :


- sejarah keluarga
- jantina
* wanita adalah lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini
- pesakit darah tinggi 
- perokok


Tanda-tanda awal penyakit Aneurisme Otak :


# Sakit kepala atau pening berlarutan
# Masalah penglihatan
# Gangguan persepsi
# Gangguan atau masalah berfikir
# Kesulitan bercakap
# Kesulitan menyimpan memori jangka pendek (mudah lupa)
# Perubahan perilaku mendadak
# Masalah dalam konsentrasi
# Hilang keseimbangan badan dan koordinasi
# Keletihan


Pencegahan Penyakit Aneurisme Otak :


* mengikut kajian tiada cara untuk mencegah dari terjadinya penyakit tersebut tetapi ada kajian menyatakan adalah menjadi jalan terbaik untuk mengurangkan risiko dari terkenanya penyakit tersebut.
* apa yang penting kita hendaklah mengelakkan 2 perkara yang boleh membawa kepada risiko terkenanya penyakit tersebut iaitu merokok dan juga tekanan darah tinggi.


Jadi sebelum terlambat..Marilah kita bersama-sama amalkan gaya hidup sihat.
Jangan merokok..bagi perokok-perokok JOM berhenti merokok..jom baca cara atasi ketagihan merokok di sini.
Bagi yang menghidapi tekanan darah tinggi..marilah atasinya..

Living with healthy life !!

Salam sayang - Dianna (Your SIDpro)
013-6131702

Comments

Popular Posts