10 Tanda Dan Simptom Penyakit Gout !
Pernah dengar tidak tentang penyakit Gout ?
Biasa kan..
Mana yang pernah dengar tetapi hendak tahu tentang lebih mendalam apa itu Gout..
Boleh rujuk entry saya sebelum ni.
Bahayakan..huhu..
Kadang kita tidak ambil peduli sakit yang kita rasa biasa-biasa tapi sebenarnya luar biasa..
Sesambil tu apa kata korang check sikit tentang punca gaout di entry saya sebelum ni.
Sure korang nak tahu pulak tentang tanda-tanda penyakit Gout ni..
Di sini saya share 10 tanda/simptom Penyakit Gout.
10 Tanda / simptom Penyakit Gout :-
1) Penyakit gout kebiasaanya menyerang ibu jari kaki (lebih
kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah,
panas, bengkak dan tersangat sakit.
2) Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali
semalaman.
3) Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan
selimut pun begitu menyeksakan.
4) Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau
sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
5) Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau
bulan.
6) Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali,
lutut, pergelangan tangan dan jari.
7) Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang
disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
8) Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.
9) Penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba-
tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga,
serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila
makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga
selepas pembedahan.
10) Bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram
air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam
dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti
secara sendirinya rasa sakit.
Comments
Post a Comment