Adakah punca Gout dari pemakanan


Gout !! Ramai yang mengidap Gout ni..terutamna sekali Kaum Lelaki.
Tapi ramai juga tak tahu apa itu Gout ?
Sebelum saya kongsikan punca-punca Gout.
Apa kata kita selami sedikit tentang Gout di entry saya sebelum ni.


Dah tahu kan apa itu Gout.. Bahayakan.. Kekadang penyakit kecil je kita tak sedar..ianya membawa kemudaratan jika dibiarkan berlarutan kan..
Sure ramai nak tahu punca gout kan..

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.


Punca gout antaranya ialah:


1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dgn kuantiti yg banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Stress yg tak terkawal.
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya



Comments

Popular Posts