PETUA MERAWAT GOUT
Gout ni banyak berpunca dari pemakanan.. Maka mereka yang ada tanda-tanda Gout..Kenalah berhati-hati dalam mengambil makan kan.. Korang refer entry saya sebelum ni tentang Gout dan pemakanan.. Ataupun sambil tu korang boleh refer tanda-tanda Penyakit Gout..
Sure korang nak tahukan cara mengatasi Penyakit Gout ni..
Hasil carian Google kat sini saya boleh listkan beberapa petua untuk korang yang ada Gout.
Cara Atasi Gout
Makanan merupakan punca utama Gout.. Sooo korang yang dah ada tanda-tanda Gout wajib sangat berpantang..huhu..bukanlah pantang macam ibu lepas bersalin tu..tak lah teruk mcm tu kan..ehehehehe..Tetapi pantang korang ni dalam pemakanan..ada beberapa makanan korang tak boleh atau kena elakkan dari makan tau.. Antara makanan yang tidak boleh diambil oleh pesakit gout ialah:
- organ dalaman
- ikan bilis, ikan kembung, ikan masin dan ikan bersengat
- makanan laut seperti kerang, sotong dan udang
- asparagus, bunga kobis, cendawan, brokoli dan bayam
- makanan yang diproses seperti daging cincang, nuget atau daging burger
- roti jagung dan bijirin
- makanan yang bercuka
- sayuran kekecang
- jagung, limau dan mangga
- semua jenis jeruk
Sesambil dah pantang apa lagi nak buat erk.. Kat sini saya share petua untuk merawat Gout..Sooo bolehlah korang try yea.. selamat mencuba tau..
Petua Merawat Gout
Apple Cider Vinegar (ACV)
- ACV yang terkenal dalam rawatan sakit kepala dan asid perut juga sangat membantu merawat gout dan artritis. Keasidan dalam ACV ni akan membantu melegakan sakit akut.
- Anda juga boleh tambahkan madu untuk meningkatkan tindak balas anti-radang
- Campurkan satu sudu teh ACV dalam segelas air dan minum 2-3 kali setiap hari. Jika anda dapati rawatan ini membantu, anda boleh meningkatkan dos ACV ni kepada 2 sudu besar.
- Anda juga boleh cuba mencampurkan 2 sudu besar ACV Organic dan 2 sdu besar madu. Ambil 2kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum waktu tidur.
Halia
- Ciri-ciri anti-radang dalam akar halia sangat boleh membantu untuk melegakan kesakitan dan keradangan. Terdapat banyak cara untuk merawat gout dengan menggunakan akar halia ni
- Campurkan jumlah yang sama serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering (sonth). Ambil 1 sudu daripada campuran ini bersama-sama dengan air suam. Ambil 2x setiap hari
- Anda juga boleh menambah akar halia ni dalam masakan seharian atau makan secara mentah,
- Boleh juga tambah setengah sudu teh akar halia ni dalam satu cawan air mendidih dan kacau sampai betul-betul sebati. Minum at least sehari sekali.
- Selain dari itu anda juga boleh buat paste akar halia ni dengan sedikit air dan tampal di kawasan yang terkena gout ni. Biarkan dalam setengah jam. Buat sehari sekali
Baking Soda
- Salah satu faktor yang menyumbang kepada gout ni adalah peningkatan kepada asid urik dalam badan. Baking soda ni selain dari buat kuih ada pelbagai kegunaan tau. Ia dapat membantu mengurangkan jumlah asid urik, seterusnya memberikan anda kelegaan daripada kesakitan.
- Campurkan setengah sudu teh baking sodadalam segelas air dan minum. Minum 4x sehari. JANGAN lebih tau. Teruskan sehingga 2 minggu
- Jika anda berusia lebih 60 tahun, jangan ambil lebih daripada 3kali dalam sehari.
- Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, boleh abaikan cara rawatan ini, okay!
Lemon Juice
- Untuk melegakan sakit gout ni, adalah penting untuk mengalkalikan badan dan meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan jus lemon segar dan baking soda.
Cherries
- Cherry sama ada manis atau masam, juga boleh membantu dalam rawatan gout kerana sifat anti-oksidan mereka. Cherry juga mempunyai anthocyanins, yang boleh mengurangkan keradangan.
- Bagi pesakit gout, makan 15-20 biji cherry sehari amat disyorkan. Untuk hasil yang lebih baik, makan pada awal pagi. Seperti biasa, yang fresh itu yang terbaik, tapi kalau tak dapat, yang dalam tin pon boleh
- Selain itu anda juga boleh cuba minum segelas jus cherry yang diperkaya dengan beberapa ulas bawang putih dicincang setiap hari.
Epsom Salt
- Garam Epsom ni memang banyak kelebihannya. Pesakit gout pulak boleh cuba untuk mengurangkan simptom gout mereka.
- Jumlah magnesium yang tinggi dalam epsom salt ini akan memperbaiki keadaan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.
- Untuk mandi, tambahkan 2 cawan epsom salt ini dalam air suam. Rendam badan anda dalam air ini sehingga air ni hampir kehilangan haba. Lakukan seminggu sekali. Sekiranya anda penghidap gout yang teruk, seminggu boleh sehingga 2-3 kali
Pisang
- Pisang juga amat berkesan untuk merawat gout. kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar kristal uric asid ni dalam bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil.
- Pisang juga mengandungi jumlah vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan
- hanya makan 1-2biji pisang sehari, insyaAllah dapat membantu
- Selain itu boleh tambahkan sebiji pisang masak ke dalam setengah cawan yogurt. Ini juga dapat menjauhkan diri dari cirit birit
Epal
- Pernah dengar pepatah orang putih "An apple a day keeps the doctor away"? Nampak sangat banyak khasiat si buah epal ni kan, terutama bagi pesakit gout.
- Pakar mencadangkan makan epal sebelum setiap hidangan. Malic acid yang ada dalam buah epal ini akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout.
Activated Charcoal
- Arang batu yang diaktifkan ni terkenal untuk menyerap asid uric, oleh itu ia boleh digunakan dengan selamat untuk merawat gout.
- Penghidap gout digalakkan mandi arang ni 1-3 kali seminggu
- Campurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste. Letakkan paste ke dalam tab dan tambahkan lebih banyak air. Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam.
- Cara ini sangat sesuai untuk penghidap gout pada buku lali atau kaki yang besar
- untuk bahagian badan yang lain, boleh terus letakkan paste tadi direct ke tempat sakit. Biakan sehingga setengah jam dan bilas dengan air suam
Cold Water
- Letakkan kawasan yang sakit dengan air sejuk dapat mengurangkan bengkak serta kesakitan.
- Bila anda terkena gout JANGAN letak ais secara direct pada kulit, ia boleh merosakkan kulit dan membuatkan gout anda bertambah teruk
- Rendamkan radang, sendi bengkak dalam air sejuk selama 10-15 min. Ulangi sebanyak beberapa kali sehari
- Anda boleh gunakan ais pack selama kira-kira 15 minit tapi sebelum tu balut dalm tuala sebelum letakkan di tempat yang sakit. Lakukan 2kali sehari. Elakkan penggunaan ais pack ini secara berlebihan sebab ia boleh membawa kepada penghabluran asid urik
Comments
Post a Comment