Stroke Haba ! Siapa yang berisiko dan tanda-tandanya..


Panasnya ! Sekarang ni musim panas yang akan berlarutan hingga ke bulan March..Antara penyakit yang akan timbul antaranya ialah stroke haba..

Sebelum ni entry sy berkenaan stroke haba kan..Apa itu stroke haba..sgt merbahaya yea kwn-kwn..

Adalah elok utk kita ambil tahu dan sediakan langkah berjaga-jaga..



Di bawah ialah senarai simptom syroke haba :-

  1. Sakit kepala berdenyut
  2. Mual
  3. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  4. Denyutan nadi yang pantas
  5. Otot lemah dan kejang
  6. Muntah/rasa hendak muntah
  7. Kulit kering dan kemerahan
  8. Sawan
  9. Pitam
  10. Tangan dan kaki menjadi sejuk


Cara rawat mangsa strok haba:

  1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  3. Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  4. Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  5. Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  6. Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  7. Rendam mangsa di dalam kolam air
  8. Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  9. Bawa ke klinik atau hospital berdekatan


Cara pencegahan strok haba:

  1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  3. Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen


Siapa yang berisiko mengalami stroke haba :-

Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Secara umumnya, pendedahan yang berpanjangan kepada suhu melebihi 90°F (32.2°C) atau kelembapan melebihi 60% mendatangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan haba. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk mengalami kesan kesihatan. Kumpulan tersebut termasuk :-

.

  1. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  2. Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  3. Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  4. Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
  5. Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
  6. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.

Comments

Popular Posts