8 CARA TURUNKAN DARAH TINGGI


Ramai antara kita mengidap darah tinggi. Antara kita sedar atau tidak. Darah tinggi kini bukanlah lagi penyakit luar biasa tetapi menjadi penyakit yang biasa-biasa bagi rakyat Malaysia. Sampaikan ada yang memandang remeh penyakit ini.

Darah tinggi boleh membawa kepada stroke serta serangan jantung. Jadi kita tidak boleh pandang remeh mengenai penyakit ini.

Darah tinggi boleh di kawal. Dengan mengawal darah tinggi anda mampu mengurangkan risiko penyakit berbahaya. Di sini saya sertakan 8 cara mengawal darah tinggi anda.



8 CARA TURUNKAN DARAH TINGGI



1. Jaga Pemakanan Seharian

Sayuran-Hijau

Kurangkan pengambilan garam yang tinggi, ‘fast food’, ‘processed food’ seperti nugget, sosej, makanan berminyak dan berlemak. Seeloknya makanlah secara sihat atau lebih dikenal sebagai Eat Clean. Cara pemakanan Eat Clean ini amat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah penyakit kronik kerana kurang penggunaan garam dan gula serta tidak dibenarkan mengambil makanan yang telah diproses atau fast food.

2. Kurangkan Berat Badan Jika Berlebihan

kenapa berat mudah naik?

Berat badan yang berlebihan sememangnya mudah dihinggap pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi. Kurangkan berat badan dengan cara yang betul untuk memastikan tekanan darah kembali normal. Pengurangan berat badan sebanyak 3-5 kg pun sudah cukup memberi kesan yang baik kepada pengidap penyakit  ini.

3. Kurangkan Pengambilan Garam

Kurangkan pengambilan garam dalam masakan seharian. Seeloknya elakkan makan di luar kerana kandungan garam dan bahan perasa yang tinggi. Jika tidak dapat elak untuk makan di luar, pesan untuk kurangkan garam dan jangan letak bahan perasa.



4. Berhenti Merokok

Buat perancangan untuk berhenti merokok. Boleh berjumpa dengan doktor-doktor di klinik untuk sama-sama merancang kaedah yang sesuai untuk berhenti merokok. Atau boleh guna cara semulajadi ini berhenti merokok dengan mudah.

5. Kawal Stres

Cara terbaik hilangkan stres

Stres itu memang biasa berlaku dalam kehidupan kita seharian. Yang membezakan kita adalah cara kita mengawalnya. Kawal stres dengan cara bijak dapat membantu mengurangkan masalah darah tinggi.

6. Banyakkan Berdoa

Mohon doa kepada Allah kerana doa adalah senjata yang paling tajam. Doa moga Allah izinkan sembuh dari penyakit yang kita hadapi. Kerana usaha kita hanyalah asbab, penyembuhnya adalah Allah.

7. Senaman Secara Konsisten

Turunkan berat badan dengan cepat

Senaman perlu dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu. Senaman ni tak perlu tunggu perlu keluar dari rumah. Banyak yang kita boleh lakukan sendiri di rumah jika ada kekangan masa atau tak dapat tinggalkan anak2 terutamanya surirumahlah.. 🙂

8. Ambil Supplement


Ambil suplemen semulajadi yang tidak memudaratkan kesihatan jangka panjang.

Vivix Shaklee mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi dengan selamat dan berkesan. Tidak membebankan buah pinggang untuk jangka masa panjang.


Pengedar Sah Shaklee Port Dickson
Instagram : @conan_edugawa
SMS/ Whatsapp: 013-613 1702

Comments

Popular Posts