PENGARUH PEMAKANAN TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PAKAR psikologi, pemakanan dan pediatrik menasihati ibu bapa di Malaysia untuk menyediakan pemakanan yang sesuai dengan keperluan setiap peringkat tumbesaran kognitif anak-anak bagi mengoptimumkan sokongan pemakanan untuk perkembangan mental yang sihat.

Di Malaysia, hasil kajian menunjukkan kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi (tubuh yang kurus, kurang berat badan dan ketinggian terbantut) serta alami masalah berlebihan nutrisi (berat badan berlebihan, obes dan terlalu obes) mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat skor bawah purata IQ.



Pemakanan merupakan faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan mengikut peringkat umur kanak-kanak.

Kekurangan makanan yang sihat boleh mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan serta mengurangkan sistem imunisasi badan. Kajian prestasi kognitif SEANUTS menunjukkan kesan pemakanan terhadap pembangunan mental dan kepintaran kanak-kanak.

Kanak-kanak belajar secara aktif dan pembangunan kognitif merujuk kepada bagaimana kanak-kanak mengumpul, mengasingkan dan memproses maklumat sekeliling mereka, dan menggunakan maklumat itu untuk melihat, memahami serta mempelajari tentang dunia mereka.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak belajar dan memperoleh kepintaran dan kecerdikan semasa mental mereka sedang berkembang. 



"Untuk mengenal pasti sama ada kanak-kanak membesar secara normal atau sihat, ibu bapa dan penjaga perlu melihat kepada pencapaian perkembangan atau keupayaan yang dicapai oleh kanak-kanak pada peringkat umur yang berbeza.

"Tidak seperti pencapaian fizikal, pencapaian kognitif atau kemajuan mental adalah tidak begitu jelas. Keupayaan untuk menemukan barang permainan yang dilitupi kain dan memadankan bentuk serta warna, mungkin merupakan langkah fizikal, namun mereka memerlukan proses mental dan kebijaksanaan bagi membolehkan mereka melakukannya,"

Khasiat nutrisi boleh membantu menyokong perkembangan mental kanak-kanak. Menurut Dr. Ng, khasiat yang betul membantu membina otak, rangsangan daripada ibu bapa dan penjaga membantu memperkembangkan sifat ingin tahu, mahu meneroka, kreativiti dan pembelajaran - dalam perkataan lain, kebijaksanaan!”

Dr. Poh mengesahkan bahawa khasiat yang berbeza diperlukan pada pelbagai peringkat perkembangan untuk otak yang sihat dan aktif. “Penting bagi kanak-kanak membina otak dan sistem ototnya untuk membolehkan mereka berjalan dan bercakap. Terdapat pelbagai khasiat penting yang boleh menyokong perkembangan otak dan proses tumbesaran mereka seperti protein, asid amino, DHA, magnesium, vitamin B dan kalsium,” katanya.



Dr. Poh berkata, khasiat-khasiat ini memainkan peranan penting dalam menyokong proses perkembangan mental kerana ia juga berkait rapat dengan prestasi tingkah laku.

“Sebagai contohnya, magnesium memainkan peranan dalam proses pembelajaran dan daya ingatan serta penting untuk tenaga bagi otak: ini dapat membantu kanak-kanak berusia empat tahun ke atas yang belajar cara untuk mengadaptasikan apa yang dipelajari melalui proses kreatif. Selain membantu pertumbuhan tulang dan melancarkan fungsi otot, Vitamin D sebenarnya melindungi mata dan daya penglihatan kanak-kanak, iaitu alat penting untuk sifat ingin tahunya,” kata Dr. Poh.

Bengkel ‘Tahap Kebijaksanaan – Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja’ terbuka kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia antara satu hingga enam tahun. Mari pelajari bagaimana otak kanak-kanak berkembang dan ketahui apa lagi khasiat nutrisi yang penting bagi setiap peringkat perkembangan  mental kanak-kanak; cara merangsang pembelajaran anak anda dan bagaimana mahu memantau perkembangan anak anda melalui pencapaian dengan lebih baik.

Bengkel tersebut juga akan menyajikan aktiviti interaktif dan menyeronokkan bagi ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa juga turut dapat mempelajari teknik mudah tentang perkembangan kefasihan dan rangsangan kognitif, dan bagaimana aktiviti-aktiviti sedemikian dapat membantu kanak-kanak ‘membesar dengan bijak’ secara holistik.

Sumber dari :-

Perbincangan Dr. Alvin Ng Lai Oon, Profesor Madya di Jabatan Psikologi Universiti Sunway; Profesor Dr. Poh Bee Koon, Ketua Program Sains Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan Dr. Yong Junina Fadzil, Penasihat Pediatrik.

Pengedar Sah Shaklee Port Dickson
Instagram : @conan_edugawa
SMS/ Whatsapp: 013-613 1702


Comments

Popular Posts