7 PETUA HILANGKAN JERAWAT


Jerawat ?? Sure semua orang pernah jumpa jerawat kt muka kan..lelebih lagi time meningkat remaja..
Memang berlambak la jerawat ni naik kt muka.. sadisss.. !!

Kalau mcm saya..msa bebudak remaja mmg x naik jerawat..muke sgt la flawless n bebayi sgt time skolah..wahahaha..(rmai jeles) 
tp lpas kahwin..hambik ko..penuh plak satu muka..ngeee..
saje kan..bg lpas kahwin..lalalalala...
jenuh guk picit2 jerawat tu..
nak nak plak sy ni mmg x amik port sgt..last2 lantak p lah kt jerawat tu..



Ada yang kena gini x ?? Sure korang gelisah kan..soo apa nak buat ??
X kan nak biarkan je ye dok..!!
Meh sini sy share kt korang beberapa petua yang sy kumpul kt pakcik google cara nak nyahkan jerawat itu..

7 PETUA HILANGKAN JERAWAT



PETUA PERTAMA :
Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

PETUA KEDUA :
Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

PETUA KETIGA :
Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

PETUA KEEMPAT :
Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

PETUA KELIMA :
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

PETUA KEENAM :
Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

PETUA KETUJUH :
Ambil pengambilan supplement yang dapat membantu meredakan jerawat serta jaga pemakanan. Ini kerana pemakanan juga merupakan punca datangnya jerawat.


Dah try ke belumm ?? Mana tahu ade yang berkesan kt korang..
Next time saya share supplement apa yg sesuai utk mereka yang berjerawat k..





Comments

Popular Posts