PETUA BUANG ANGIN

Angin dalam badan ??


Perut kembung..itu salah satu tanda angin banyak terkumpul dalam badan..Angin dalam badan berpunca dari angin yang disimpan dalam usus tersekat..

Angin dalam badan juga datang dari sistem penghadaman yang mana dipanggil gas. Gas ini yang sering buat kita sendawa mahupun kentut. Tapi bila berlebihan ianya menganggu sistem tubuh..Seperti kembung mahupun sakit urat..


PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN

1. Ambil Vitamin C

Selain dari meningkatakn sistem imuniti badan..vitamin C mampun mengeluarkan angin dari dalam badan anda.



2. Ambil vitamin berherba

Vitamin jenis herba mampu mengeluarkan angin dari badan anda. Anda boleh cuba Peppermint Ginger Plus dari Shaklee.Terbukti mampu mengeluarkan angin serta mampu mengawal loya.



3. Ambil halia

Ini adalah petua buang angin dalam badan secara tradisional yang sedap..Anda boleh cuba buat air halia panas yang dicampur dengan teh serta sedikit madu.



4. Ambil bawang putih

Selain daripada perasa pada masakan, bawang putih menjadi petua buang angin dalam badan. Kandungan bahan dalam bawang putih ini mampu membunag angin dalam badan dengan cepat. Dengan memakan bawang putih, boleh membuang angin dalam badan. Orang tua yang mempunyai bayi yang mengalami angin masuk atau kembung biasanya membalurkan bawang putih sekitar bahagian-bahagian badan dan menggosokannya.

3. Minum rebusan daun betik

Ternyata bahawa meminum air rebusan daun betik boleh juga hilangkan angin dalam badan. Caranya dengan rebus 4 hingga 5 helai daun betik dengan 1 liter air. Biarkan air yang bercampur dengan daun betik dan minum rebusan air dalam keadaan suam. Walaupun pahit, petua ini lagi mujarab.

4. Makan sup panas

Apabila kita mengalami angin dalam badan. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan lesu yang disebabkan dari mendapat angin supaya anda berasa lebih segar.

6. Bekam

Satu perkara yang sangat biasa dan meluas dilaksanakan untuk buang angin dalam badan iaitu dengan bekam. 

7. Bersenam

Ramai tidak tahu juga bahawa kadang-kadang orang mendapat angin dalam badan kerana jarang melakukan aktiviti atau gerakan sebab itu badan terasa lesu dan kaku. Anda boleh lakukan pergerakan sederhana seperti berjoging atau berjalan kaki semata-mata, atau dengan Gimnastik kecil sekurang-kurangnya anda keluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan anda.




Comments

Popular Posts