APA ITU KENCING MANIS KETIKA HAMIL

APA ITU KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

- mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga

- membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

 

KESAN KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan perlu dilakukan. 

CARA ELAKKAN KENCING MANIS KETIKA HAMIL

- Mengamalkan diet yang seimbang yang merangkumi karbohidrat daripada bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat.

- Bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Anda boleh membuat yoga,berjalan mahupun berenang.

- Kawal berat badan


    Comments

    Popular Posts